BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

kisah si 'VADAI'


bahan-bahan wat vadai

  • 250gm kacang dal
  • 2 tangkai cili kering, dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari, dihiris
  • 1/2 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 camca teh jintan manis biji
  • 1/2 camca teh garam, secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
cara
  1. Rendam kacang dal lebih kurg 4 jam (Leen rendam semalaman)
  2. Toskan hingga kering
  3. Kisarkan hingga halus
  4. Susun di atas dulang yg beralas plastik yg disapu sedikit minyak masak
  5. Goreng di atas api yg sederhana besar
  6. Siap digoreng dan bolehlah dihidang
kueh ni kueh kaum india sebenarnya.tp biasala sume pon leh wat n makan janji halalan toieba .dulu ingat lagi mse arwah nenek ada(mse skol menengah la, mude remaja lg)..dia suke mkn kueh ni..dr aku tgk mak wat smpaila aku sendiri tau wat..tp apakan daya masa berputar begitu cepat n sekarang aku pun da tak tau nak wat kueh ni..huhu..tp ramadhan kali ni mmg jiwe n pasaan nak buke ngn kueh ni je..kueh vadai y jual kat bazar kolej aku mmg sedap.ranggup diluar n lembut didalam.uiksss..mmg sedap la..

Sunday, August 30, 2009

alahai 'rice cooker'


kali ni nk citer pasal 'rice cooker'. student y duk kolej cmfrm akan merasa y 'rice cooker' ni amat2 peting bila mane peraturan kolej tak membenarkan student masak kat kolej..takut terbakar kolej agaknye..(pandai2 aku je..hihi) tp oleh kerana sume student ni da masuk u..malah bijak2 belaka..maka dari masak nasi, masak tomyam,goreng telur n wat kueh leh dalam 'rice cooker'..huhu..sume ni pengalaman...

Wednesday, August 26, 2009

PETUA SEORANG GURU


PETUA SEORANG GURU

Kalau guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk,

Kalau guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun,

Kalau guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat,

Kalau guru mengajar banyak bercakap,
Ada murid tambah gagap,

Kalau guru pemudahcara,
Ramai murid pandai berbicara,

Kalau guru mengajar tanpa menilai,
Tak akan tahu murid lemah dan pandai,

Kalau guru tunggu diarah,
Semua kerja kena kerah,

Kalau guru kurang mengajar,
Dapatlah murid kurang ajar,

Kalau guru kurang merancang,
Di bilik darjah banyak temberang,

Kalau guru suka berdamping,
Semua murid dapat dibimbing,

Kalau guru berbudi bahasa,
Dikenang orang sepanjang masa.

Saturday, August 15, 2009

sing lguage-video

http://www.youtube.com/watch?v=Hfdig2guVJg

http://www.youtube.com/watch?v=1-3iEoSPRUk

http://www.youtube.com/watch?v=u6MlEBKLtqM

Gemerlapan Bintang Istimewa



dalam bus nak g kampus...mlm ni la nk wat kod tgn tuk present..lgu waja- jac ngn lagu syurga idaman-azizah mohammad



be4 nak wat persembahan...kire posing dulu..huhu..berdebar ni..



buat persembahan..kang video aku tunjuk len..tp da leh tgk dalam yourtube. tjuk syurga idaman-bahasa isyarat(UPSI) tp sedih gak la..muke aku tak nmpak sgt...huhu

Monday, August 10, 2009

Harian Metro 10/08/2009

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi tanggungjawab menjayakan Pesta Konvo sempena majlis Istiadat Konvokesyen ke-11 yang berlangsung esok sehingga 15 Ogos ini di Dewan SITC, kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim, Perak.

Naib Yang Dipertua MPPUPSI merangkap Pengarah Program, Syaifuldin Mohamed, berkata walaupun pihak universiti berwaspada membendung wabak H1N1, ia tidak menghalang anggota MPP dan jawatankuasa pelaksana merancang pelbagai program.
Beliau berkata, semua gerak kerja pesta konvo bersemangat melaksanakan semua tugasan diberikan agar apa yang dirancang berjalan dengan sempurna.

“Walaupun wabak H1N1 semakin menular dan pihak universiti giat membendungnya, ia tetap tidak melunturkan semangat barisan MPP dan jawatan kuasa pelaksana.

“Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni serta Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni, Profesor Dr Shaharudin Abd Aziz menjadi pembakar semangat kami menggembling tenaga melaksanakan program,” katanya.

Bertemakan Pendidikan Gemilang UPSI Bitara, Syaifuldin berkata aktiviti yang dianjurkan sepanjang pesta konvo ini akan membabitkan pelajar sekolah sekitar Tanjung Malim.

Katanya, ini bagi mendedahkan mereka budaya aktiviti kampus sekali gus menyuntik semangat mereka berusaha meningkatkan prestasi akademik.

“Kami juga menjemput masyarakat setempat serta keluarga graduan mengunjungi lebih 60 gerai pameran dan jualan membabitkan pelbagai jenis barangan seperti produk kesihatan, pakaian, makanan dan telekomunikasi,” katanya.

Selain majlis perasmian, pesta konvo itu turut diserikan dengan persembahan artis jemputan, Jaclyn Victor.

“Kami turut menganjurkan aktiviti di kolej kediaman antaranya Pertandingan Futsal Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni serta gerai-gerai jualan.

“Di hari kedua, kemeriahan pesta konvo diteruskan dengan aktiviti seperti Cabaran Teh Tarik Tertutup UPSI, Pertandingan Seni Khat, Pertandingan Produk dan Gemerlapan Bintang Istimewa oleh pelajar program Pendidikan Khas UPSI,” katanya.

Acara senamrobik bersama Celcom, Celcom Mini Explorace serta UPSI Idol bersama Celcom dan Faizal Tahir menambahkan kemeriahan di hari ketiga.

Selain itu, aktiviti menderma darah Nationwide anjuran kolej Ungku Omar, Pertandingan Kolej Pelajar Taska, Forum Perdana dan Pertandingan Nasyid UPSI yang menampilkan kumpulan nasyid jemputan, SaffOne pada hari keempat.

Sunday, August 9, 2009

peristiwa H1N1




menu mse dkurantin sebab penularan H1N1 kat kolej..mmg sedey masa tu..dr kol3 pagi ada pengumuman tak leh kuar, duk umh je..dalam kol 2.30 ngh awi dapatla mkn menu2 diatas. syukur sgt walaupun menu tak seberapa dapat gak mkn awi tu..


dalam kol 3 lebey pengetua kolej umumkan u awalkan ct sem kmi..sume bgegas blk..tp mmg beserabutla mase tu..sume pakat nak blk..membe2 aku tak dapat blk awi tu sbb tiket mmg da takde..cian diorang..y sakit tak leh balik..kne kurantin..tp aku mmg gerak blk petang tu jugak..tumpang membe..syukur sampai gak umah