BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 23, 2009

Taare zameen par- Every child is special..

Disedut dari sebuah cerita yang dijadikan 'study case' dalam tuk paper dr. haniz (KRB2013) Every child is special ; Taare Zameen Par.kire final year cmfrm kuar soalan tentang Ishaan ni.

Ishaan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun. Anak lincah ini bukan sahaja petah bercakap, tetapi juga mudah bergaul dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.Ishaan ialah anak bongsu 2 adik beradiknya. Bapanya bekerja sebagai seorang business man dan ibunya pula seorang suri rumahtangga.
Semakin Ishaan membesar, ibu bapanya sering berasa bimbang dan kadang-kala marah dengan tingkahlaku Ishaan . Mereka tidak dapat memahami tingkah-laku, perangai dan cara Ishaan berfikir.

Di sekolah-Dia sukar menghafal nama-nama abjad, mengingati nama-nama hari mengikut urutan dan menghafal puisi-puisi berirama. Selain dari itu, Ishaan juga mengalami kesukaran semasa menulis. Abjad-abjad yang ditulisnya tidak mengikut cara pembentukan abjad yang betul.

Dia juga sering keliru di antara huruf 'b' dan 'd', 'p' dan 'q'. Huruf-huruf 'z', 'j' dan 'g' juga sering ditulis terbalik. Dia masih belum dapat membaca dengan lancar. Bacaanya selalu mempunyai kesilapan dari segi sebutan, Dia juga sukar menyalin perkataan - perkataan yang ditulis oleh guru-gurunya di papan tulis. Dia juga lambat menyudahkan kerja sekolahnya.Hasilnya, Ishaan sering gagal dalam peperiksaan..Tetapi dia sangat minat melukis,banyak memberi idea-idea yang menarik dalam menghasilkan lukisan yang abstrak dan melangkau pemikiran seorang kanak-kanak seusianya.



Persoalan..sampai bila keadaan begini akan berterusan..?? How can I help Ishaan?
Mujur persoalan ini timbul dalam benak seorang guru..-Sir Nimkumbh.

Dia membimbing Ishaan berdasarkan pengalaman dia sebelum ini sebagai pesakit Dyslexia. Perhatikan latihan yang diberikan kepada Ishaan. Latihan menulis angka 8..Dari angka 8 yang besar, Ishaan mampu menulis angka 8 dalam tulisan yang lebih kecil dan sebenarnya, ketika itu, Ishaan semakin pulih..

Ishaan kembali mempunyai keyakinan diri..Sir Nimkumbh mendidik dia dengan baik sekali..Benar, kanak-kanak ibarat kain putih..Kita yang mencoraknya..

Kesudahan jalan cerita ini, boleh penulis simpulkan sebagai -Happy Ending..Ishaan mungkin tidak sepintar kanak-kanak lain, tetapi, padanya ada anugerah hasil tangan yang memukau..
Sir Nimkumbh mengambil peluang untuk gilap potensi yang ada pada Ishaan. Lukisan Ishaan telah mengalahkan peserta yang lain dalam pertandingan melukis.'Self Esteem', self confidence dan jatidiri Ishaan kembali terbina ketika dan selepas itu.

Senyuman Ishaan, so special boy



"Apa itu disleksia?"

Disleksia (Dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "kepayahan" untuk perkataan "dys" dan "bahasa" untuk perkataan "lexia". Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara huruf dan bunyi

5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan snediri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Membaca


Menulis



Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz, tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.* Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti 'b' dan 'd', 'p' dan 'q', 'n' dan 'u'. Membaca perkataan terbalik seperti "saw" menjadi "was".




*Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim.
*Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.
*Menulis dengan amat perlahan.


Punca

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Kanak - kanak yang mengalami disleksia sering merasakan yang mereka tidak dapat melakukan atau menghasilkan yang terbaik seperti yang mereka inginkan.

Mereka juga sering disalah mengertikan oleh orang-orang di sekeliling mereka. Oleh kerana kesilapan yang sering mereka lakukan dan kegagalan mereka di dalam pelajaran, mereka selalu dianggap sebagai 'malas', 'bebal', '*****', 'bengap', 'cuai', 'leka' dan sebagainya.

Sebenarnya, mereka ini adalah kanak-kanak pintar.



Jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh melakukan sama seperti kanak-kanak lain dan menghasilkan yang terbaik.

Terdapat ramai tokoh-tokoh termuka yang juga mengalami disleksia. Menteri Singapura Encik Lee Kwan Yew, pembantu Perdana Menteri England Encik Winston Churchill dan pelakon terkemuka Tom Cruise merupakan contoh-contoh individu disleksik yang berjaya di dalam kerjaya masing-masing.


Taare zameen par- Every child is special..
there have been such gems amongst us , who changed the course of word
because they could look at the world differently, their thingking was unique
and not everyone understood them,they were opposed,yet they emerged winners
and the world was amazed..

berkongsi ilmu utk semua...Moga kita dirahmatiNYA..

beli buku

buku ni dibeli tuk jd bahan rujukan tuk aku n mak aku..mana tau leh wat langsir raya taun ni..ct sem td ada gak gatal tangan ptg ken n cube wat lgsir..tp alangkah sedihnyer..lagsir xjd..huhu..so mak aku soh aku berenti je wat..ermm..xpe..1 hari nanti tentu aku leh jahit langsir..chayoookkk!!!..



buku ni aku beli..mahal tul RM 50..kire jejas gak la duit aku bulan ni. tp rasa berbaloi sebab buku ni best coz kenalkan padapelbagai jenis sulaman n jahitan manik..memang aku suke la benda gini.hope mase depan leh la kuarkan buku gini gak...



buku ni cik yati beli.harga 1 buku RM5.50, tp pas diskaun dapat la RM5 sebuah buku..kirenye niat nak buku ni tuk menmbah ilmu memasak la kononnya..huhu
b

Wednesday, July 22, 2009

Mesyuarat Agung Persatuan Pendidikan Khas



malam ni malam y bermakna pada aku bcoz aku da letak jawatan jd SU persatuan. Syukur sgt semuanya da berakhir..bukan tak suke ngn tanggungjawab tp kadang2 jd letih..sebelah tu aizat a.k.a Presiden y byk membantu...


lepas ni aku,aizat n pun pipah tak lg pegang jawatan..syukur sgt..wish MT yang br dapat jalankan tugas ngn bek..


tp yang lebih gembire adalah kwn2 aku..memang masing2 antu gambar..pantang nmpk kmera..huhu..posing sakan

makan kfc...



setel urusan kat pekan tanjung malim yang indah permai..tibe2 muna ajak mkn kfc plak..so kmi g la mkn...




cik yati, cik muna n aku(muke penat..ngantuk sbb timr ni kol 2.15 dah)

Monday, July 20, 2009

mari memasak



aktiviti mse cuti sem cube buat kueh..ada yang jadi ada x..cbe wat kueh donat 1st time..mse uli ok je tp ble msuk dalam kuali da jd kueh peniram a.k.a kueh telinga hindu...huhu..tp y 2nd jd dan inilah hasilnya..lebih tepung wat gak roti bawang goreng.cme kesilapan..tak letak garam..tp dapat diatasi ngn cicah masak kari..sedap..

Sunday, July 19, 2009


moga semuanya tersenyum utk hari ini

hari ini

setiap langkah

setiap perjalanan

setiap nafas

setiap cahaya

dan setiap senyuman yang terukir

ku harapkan REDHAMU YA ALLAH